'Tunggu dan lihat.'
Demikian maklum balas jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, yang terus menagih janji daripada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) iaitu insentif RM60,000 atas pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024.
Bagaimanapun, isu tersebut mendapat maklum balas positif Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang menjelaskan insentif tersebut akan diserahkan dalam masa terdekat.
"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada MPM atas maklum balas kepada menteri belia dan sukan kerana berjanji akan menyelesaikan isu insentif atlet para dalam masa terdekat.
"Jadi sekarang saya akan menunggu mereka menunaikan janji RM60,000 kepada atlet para," katanya.
Sebagai respon, Liek Hou turut mengakui menerima hantaran maklum daripada MPM untuk majlis penyerahan cek kepada pemenang pingat Paralimpik Paris 2024 pada Khamis depan, namun hantaran tersebut tidak memberi sebarang penjelasan terperinci.
Begitupun, Liek Hou tidak dapat menyertai majlis tersebut kerana akan berada di China untuk Kejohanan Antarabangsa Para Badminton, yang bermula Selasa ini.
"(Lagipun) sekarang saya sedang menyertai kejohanan.
"Jadi kita tunggu dan lihat sahaja," katanya.