BADMINTON
Huang Yaqiong ikut jejak langkah Zheng Siwei, bersara daripada kancah badminton
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, Huang Yaqiong, secara rasminya meninggalkan pasukan China, sekali gus mengumumkan persaraan daripada kancah badminton selepas memuat naik satu kenyataan di media sosialnya.
Keputusan tersebut dibuat berdasarkan situasi terkini yang melibatkan keupayaannya dan prestasi semasa.
Karier yang menakjubkan itu menjadikan Final Jelajah Dunia BWF sebagai penampilan terakhirnya meskipun merangkul kejuaraan tersebut.
Iklan
Breaking! ??Huang Ya Qiong announced her retirement from Chinese national team on her Weibo account.?? pic.twitter.com/8t6v0YW80z— BadmintonRanks (@BadmintonR45199) January 1, 2025
“Walaupun berdasarkan prestasi semasa saya, saya masih memiliki keupayaan fizikal untuk bersaing.
"Namun, kecederaan yang dialami selama ini, digabungkan dengan usia yang semakin meningkat, saya tidak yakin saya boleh terus mengekalkan prestasi saya sebagai atlet elit,” katanya.
Sebelum ini, pasangannya, Zheng Siwei, terlebih dahulu menggantung raket dan mengucapkan selamat tinggal kepada peminat badminton dunia.
Must-Watch Video