Hendrawan, yang mengambil alih tugas Datuk Misbun Sidek sebagai ketua jurulatih badminton perseorangan lelaki senior negara, menganggap ia tugas lebih berat berbanding membimbing Datuk Lee Chong Wei.
Malah, dia mendedahkan pernah beberapa kali menolak pelawaan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengepalai beberapa skuad dalam kem kebangsaan sebelum ini.
Bagaimanapun, selepas sedekad bersama badan induk itu, Hendrawan berpandangan bahawa sudah tiba masa untuknya menyahut cabaran untuk merealisasikan impian Malaysia bagi memiliki juara dunia dan Sukan Olimpik.
"Ini kali pertama saya akan bertindak sebagai ketua jurulatih di Malaysia.
"Semestinya beberapa tahun lalu saya pernah diberi peluang untuk mengisi jawatan ketua jurulatih tetapi saya berasakan ia perlu diperuntukkan kepada jurulatih tempatan.
"Niat saya ke sini adalah untuk bekerja dan membantu (BAM) sebaik yang mungkin. Tidak kira siapa pun ketua jurulatihnya saya pasti akan tetap memberi sokongan.
"Kini saya tiada pilihan lain lagi, saya harus terima (cabaran ini) kerana Sukan Olimpik semakin hampir.
"Saya berjanji akan buat sehabis baik," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.
Editor: Shaiful Shamsudin