Hendrawan mahu pemegang taruh badminton negara mengizinkan dia untuk menjalankan tanggungjawab membimbing masa depan perseorangan lelaki negara di sebalik keraguan ke atas kemampuannya.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melakukan rombakan ke atas skuad perseorangan lelaki negara.
Pemain senior seperti Lee Zii Jia kini di bawah kendalian Hendrawan, 47 -- juara perseorangan Kejohanan Dunia di Seville, Sepanyol pada 2001 serta pemenang perak dalam Sukan Olimpik Sydney 2000.
Ketua jurulatih, Datuk Misbun Sidek, pula dipertanggungjawabkan membimbing kelompok pemain muda.
"Ini tugasan yang berat, namun saya perlu memikulnya kerana ia telah diberikan oleh BAM. Kontrak saya sehingga Sukan Olimpik dan saya mahu memastikan persiapan pemain di bawah bimbingan saya," kata Hendrawan.
Ketika ketegasan Hendrawan sebagai seorang jurulatih menjadi tanda tanya, dia pula berpandangan perlu ada pendekatan berbeza menangani pemain daripada generasi masa kini.
"Seperti apa yang Lee Chong Wei pernah beritahu, pemain itu sendiri harus mengetahui apa kemahuannya. Saya melihat barisan pemain-pemain kini tidak sama seperti generasi terdahulu. Jadi, pendekatan yang berbeza diperlukan untuk mereka," jelasnya.