Tetapi kejayaan luar biasa bintang muda negara itu dalam memenangi Kejohanan Badminton seluruh England hujung minggu lalu memberikan nafas baru buat Hendrawan dalam usaha membentuk pemain itu menjadi juara Sukan Olimpik dan Kejohanan Badminton Dunia.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, Hendrawan gagal mengawal emosinya sehingga menitiskan air mata ketika menjelaskan mengenai perkara itu.
"Sejujurnya, selepas Terbuka Thailand, di mana ia adalah kejohanan pertama saya sebagai ketua jurulatih, saya sudah mengaku kalah.
"Saya sudah menyerahkan surat peletakan jawatan saya sebagai ketua jurulatih.
"Tetapi BAM (Persatuan Badminton Malaysia) tidak mengizinkannya, jadi saya perlu mencuba lagi.
"Kerana saya tahu menggalas tugas ketua jurulatih di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah.
"Saya baru rasai kesusahan menjadi ketua jurulatih. Benar saya sudah 10 tahun di Malaysia tetapi sebagai ketua jurulatih, saya perlu belajar juga.
"Saya rasa ia amat sukar. Sejak saya datang ke Malaysia 10 tahun lalu, saya tidak pernah mencari jawatan. Jawatan ini kerana dipaksa oleh BAM.
"Kerana dalam kontrak sudah menyatakan bahawa saya bersedia untuk ditempatkan di mana-mana sahaja.
"Jadi saya sentiasa menganggap bahawa saya tidak kisah untuk melepaskan jawatan ini kerana saya rasa saya sudah berusaha sehabis baik," katanya.
#Hendrawan surrender dah kenapa @BA_Malaysia?? Tunggu luahan bersama @shahrazadsani di #NadiArena 7.30 malam ini.. pic.twitter.com/QsGuttqLEQ
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 23, 2021