BADMINTON
Hanya dia seorang tahu, Lee Zii Jia perlu dapatkan rawatan, atau sekadar lukisan -- Pakar psikiatri
'Are you okay Lee Zii Jia?'
Tatkala ramai peminat badminton yang menzahirkan kerisauan dengan perkongsian terkini perseorangan badminton lelaki negara itu di Instagram.
Pakar Psikiatri Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Eugene Koh, menyeru agar penyokong tidak cepat membuat andaian terburu-buru.
Iklan
Ini turut dipersetujui doktor psikologi, Dr. Rebecca Wong, yang mengikuti rapat perkembangan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu.
Menurutnya, situasi sebegini boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor dan tidak menolak kemungkinan ia juga merupakan suatu manifestasi seni.
Benar, seni itu juga bersifat bebas, bermakna ada lakaran yang menampakkan imej menggerunkan, namun ia adalah perkara yang normal.
Tetapi, jika benar Zii Jia menghadapi masalah, maka rawatan awal adalah sesuatu yang penting untuk dilaksanakan.
"Ia boleh menjadi apa sahaja.
"Saya ada kenalan yang mengungkapkan perasaan menerusi lukisan atau sama seperti menonton filem seram.
"Saya tidak fikir ia adalah 100 peratus salah. Cara orang berbeza meluahkan perasaan masing-masing," kata Eugene di Nadi Arena.
"Hanya dia seorang sahaja tahu apakah maksud kepada gambar tersebut dan ia mewakili apa.
"Semua atlet akan mengharungi fasa stress dan ia bergantung sama ada besar atau tidak.
"Jika sukar untuk dikendalikan, dia harus mendapatkan rawatan," tambah Rebecca Wong.
Must-Watch Video



