Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin gagal atas dominasi pemenang pingat Sukan Olimpik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

goh-sze-fei-nur-izzuddin-rumsani.jpg

Liu Yuchen – Individu yang menjadi penyumbang pingat perak buat China ketika temasya Sukan Olimpik Tokyo menerusi gandingannya bersama Li Junhui jadi penghalang buat saingan Sze Fei & Izzuddin di New Delhi. Namun kini prestij Yuchen diteruskan dengan kerjasamanya bersama Ou Xuan Yi yang mula bergandingan sejak 2022. 
 

Dan tampak magis kedua-dua individu hebat ini gagal ditakluki gandingan beregu lelaki Malaysia – Sze Fei & Izzudin yang akur tewas aksi sengit 3 set dalam penentuan ke pentas suku akhir Terbuka India. 
 

Advertisement

Terlebih dahulu Sze Fei & Izzudin diuji biarpun berdepan situasi di mana mereka hampir merampas game pertama ketika bangkit ikat kedudukan kepada 19 -19 sebelum gandingan China lebur hasrat mereka menerusi kemenangan 21-19. 

Masuk game kedua – harapan China untuk mara mudah tidak kesampaian selepas Izzuddin & Sze Fei tampil lebih mantap menerusi aksi cukup luar biasa untuk heret permainan ke game penentuan hasil kemenangan 21-17.

Di set penentuan, aksi tampak sedikit seimbang dengan kedua-dua lawan saling mencuri mata demi mata sebelum Yuchen dan Xuan Yi tampil dominan, sekali gus menamatkan perjalanan wakil negara hasil kemenangan 21-17!

Topik Berkaitan

Must Watch Video