Menuju kejohanan terakhir badminton tersebut, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terlebih dahulu mendahului persaingan tersebut selepas berjaya mengutip sebanyak 77,400 mata.
Sementara itu, perebutan slot kedua kini terarah kepada Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menghuni ranking ketujuh dengan pungutan 67,840 sambil diikuti oleh pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang menduduki tempat ke-10.
RESULTS: #KoreaMasters2024
— BAM (@BA_Malaysia) November 10, 2024
Final#MAS ?? Aaron Chia-Soh Wooi Yik 1️⃣ def. #KOR ?? Jin Yong-Kim Won Ho 21-23 21-19 21-14
⏱️ 1h 6m
? Champions! Aaron and Wooi Yik have made history, clinching Malaysia’s first-ever Korea Masters title since the tournament’s inception in 2007!… pic.twitter.com/gW7UpFuSXs
"Persaingan agak sengit. Cuma, sekiranya Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas awal (dalam dua baki kejohanan) mungkin peluang tersebut sangat sukar buat mereka menjadikan Man Wei Chong-Tee Kai Wun mempunyai kelebihan.
"Namun, jika Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula yang tewas awal, perebutan kembali ke Aaron Chia-Soh Wooi Tik.
"Apabila lihat kepada tahap keyakinan, ia berpihak kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana mereka lebih berpengalaman. Menjuarai Masters Korea memberi suntikan bertenaga kepada mereka," ulasnya kepada Nadi Arena.
Berbaki dua lagi siri jelajah (Masters Jepun dan China) Malaysia masih berpotensi mengisi tempat untuk kategori itu.
Sebagai rekod, setiap negara boleh menghantar maksimum dua wakil dalam setiap sektor dengan syarat kedua-duanya berada di kedudukan lapan terbaik dunia selepas tempoh kelayakan.