Nasib beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kini umpama nyawa-nyawa ikan apabila kecundang kali kedua berturut-turut dalam saingan Kumpulan A, Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China sebentar tadi
Dalam aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou itu, Aaron-Wooi Yik, yang tampil selaku gandingan ketiga dunia, tewas dalam pertarungan tiga set 21-19, 18-21, 20-22 kepada beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.
Untuk rekod, ia adalah kekalahan keempat Aaron-Wooi Yik kepada Yu Chen-Xuan Yi sekalipun mereka meraih kemenangan dalam dua aksi terakhir termasuk dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Oktober lalu.
Di atas kertas, Aaron-Wooi Yik, yang juga juara dunia 2022, kini perlu mengharapkan keajaiban untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir kejohanan akhir musim itu.
Pertemuan menentang satu lagi wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang, dalam aksi terakhir Kumpulan A pada Jumaat ini bakal menjadi penentu nasib Aaron-Wooi Yik.
Sekiranya tumbang di tangan beregu nombor satu dunia itu, Aaron-Wooi Yik sudah boleh berkemas dan meninggalkan bumi Hangzhou lebih awal.
Ironinya, Wei Keng-Wang Cheng menjadi 'penyelamat' Aaron-Wooi Yik apabila mereka menewaskan gandingan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 23-21, 21-17 dalam satu lagi aksi Kumpulan A sebentar tadi.
Kemenangan itu turut menghidupkan semula peluang Wei Keng-Wang Cheng ke separuh akhir selepas mereka tewas mengejut 18-21, 21-16, 16-21 kepada Yu Chen-Xuan Yi dalam aksi pembukaan.
Malah, Hoki-Kobayashi juga masih berpeluang meloloskan diri daripada peringkat kumpulan jika berjaya mengalahkan Yu Chen-Xuan Yi dalam satu lagi aksi Kumpulan A pada Jumaat ini.
Ketika ini, Yu Chen-Xuan Yi menjadi satu-satunya wakil daripada peringkat Kumpulan A yang mengesahkan tiket separuh akhir selepas merekodkan dua kemenangan.
Wei Keng-Wang Cheng dan Hoki-Kobayashi pula masing-masing meraih satu kemenangan, manakala Aaron-Wooi Yik tewas dalam dua aksi awal peringkat kumpulan.
Semalam, Aaron Wooi dan Yik bermula langkah kiri apabila tewas 16-21, 21-14, 18-21 kepada Hoki-Kobayashi dalam aksi sulung Kumpulan A.
Mengikut format pertandingan Final Jelajah Dunia BWF, hanya dua wakil teratas dalam setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.
Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik gagal melepasi peringkat kumpulan dalam tiga edisi terakhir Final Jelajah Dunia BWF.
--Sinar Harian