Beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terpaksa berkemas awal apabila tumbang buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan Kumpulan A Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, hari ini.
Dalam aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou itu, Aaron-Wooi Yik sekali lagi terpaksa akur dengan gandingan China yang juga beregu nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang apabila tewas 21-18, 14-21, 12-21.
Untuk rekod, ia adalah kekalahan keenam Aaron-Wooi Yik kepada Wei Keng-Wang Chang dalam tujuh pertemuan setakat ini dengan satu-satunya kemenangan yang diraih mereka dalam Indonesia Masters 2023 awal tahun ini.
Kekalahan terbaharu kepada Wei Keng-Wang Chang itu menutup terus peluang Aaron-Wooi Yik yang kini menduduki tangga ketiga dunia untuk meloloskan diri ke peringkat separuh akhir pada kejohanan akhir musim itu.
Lebih mengecewakan lagi apabila badi peringkat kumpulan Jelajah Dunia Akhir BWF terus menghantui juara dunia 2022 itu apabila mereka turut tersingkir awal dalam tiga edisi terakhir sebelum ini.
Mengikut format pertandingan Jelajah Dunia Akhir BWF, hanya dua wakil teratas dalam setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.
Kredit: Sinar Harian