Skip to main content

Advertisement

Badminton

Ewe Hock puji prestasi Peng Soon-Liu Ying

ewehock.jpg
Bekas pemain badminton negara, Ong Ewe Hock, memuji prestasi beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand hari ini, namun menegaskan mereka tidak boleh terlalu selesa.

Ewe Hock menegaskan ia masih awal selepas hanya meraih mata pertama kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

Bagi menempah slot dan mengulangi kejayaan mereka di pentas Sukan Olimpik sebelum ini, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu perlu mengekalkan prestasi dalam aksi seterusnya.

"Kami dapat melihat persembahan cemerlang Peng Soon-Liu Ying. Beraksi dengan status profesional, terdapat kekurangan dalam mendapatkan rakan sepelatih," kata Ewe Hock.

"Saya gembira di atas kejayaan mereka dalam Terbuka New Zealand dan perlu mengekalkan momentum ini dalam kejohanan seterusnya."

Advertisement

Must Watch Video