Bukan satu atau dua tetapi empat pencabar daripada China berupaya menjadi penghalang aspirasi Datuk Lee Chong Wei untuk menamatkan kemarau bergelar juara dunia.
Menurut maklumat terkini, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menawarkan tiket 'wildcard' kepada Chen Long atas kapasiti sebagai juara bertahan untuk beraksi di Glasgow, Scotland, Ogos ini.
Sebuah negara hanya boleh mendaftarkan maksimum tiga pemain jika mereka berada dalam kelompok lapan terbaik dunia sebelum tarikh tutup kelayakan.
Sewaktu tempoh bagi tempat ke Glasgow ditutup sebelum ini, Chen Long berada di ranking kesembilan dunia.
Hanya juara lima kali, Lin Dan, Shi Yuqi dan Tian Howei berada dalam senarai merit taruhan China.
Pendekatan daripada BWF ini mirip edisi 2013 di Guangzhou, China, di mana Lin Dan yang memperoleh ihsan 'wildcard' BWF, menewaskan Chong Wei pentas final dalam pertembungan tiga set di pentas final .
"Untuk muncul juara, sesiapa pun perlu menghadapi setiap lawan. Kami tahu China sudah ada tiga wakil ke Kejohanan Dunia tetapi kami terkejut apabila mereka mendapat satu tiket 'wildcard' untuk Chen Long.
"Tetapi keputusan sudah dibuat, jadi kami perlu terima senario itu. Apapun, kami perlu foksu dalam menjalani persiapan," ujar Chong Wei.
Pelbagai kemungkinan yang bermain di fikiran Chong Wei sekiranya dia perlu mencongak perhitungan menentang Chen Long atau Lin Dan di Glasgow nanti.
Malah, dua kekalahan kepada Lin Dan setakat ini turut memaksa Chong Wei untuk mengubah program latihannya.
"Dalam dua kejohanan sebelum ini, prestasi saya kurang baik. Sekarang saya cuma memberi fokus dalam memperkukuhkan permainan saya.
"Apa yang berlaku menjelang Kejohanan Dunia, kita perlu terima," tambahnya.