Bekas jurulatih badminton negara, Tan Kim Her, mendedahkan penghijrahannya ke Jepun adalah kerana skuad Negara Matahari Terbit itu mampu untuk merealisasikan impiannya menggenggam pingat emas Sukan Olimpik yang menjadi idamannya sejak sekian lama.
Kim Her baru sahaja seminggu melaporkan diri sebagai tenaga pengajar baru kepada skuad badminton Jepun bagi menggantikan Reony Mainaky.
Sebelum ini, Kim Her membimbing skuad India selama tiga setengah tahun, namun penghijrahan secara mengejut ke Jepun adalah berlandaskan impian untuk cuba memenangi emas Sukan Olimpik yang tidak pernah dikecapinya ketika bergelar pemain.
Percubaan terbaiknya sebagai pemain adalah dalam Sukan Olimpik Atlanta 1996 di samping Soo Beng Kiang tetapi mereka tewas dalam penentuan pingat gangsa kepada Antonius Ariantho-Denny Kantono.
"Semua orang mahu mahu menang pingat emas Sukan Olimpik.
"Ketika bergelar pemain, saya tidak pernah memenangi medal Olmpik dengan pencapaian terbaik saya adalah mara ke separuh akhir.
"Sebagai jurulatih, kalau boleh saya nak buat satu kejutan.
"Saya akan cuba sedaya-upaya," jelasnya.
Kim Her turut bertuah apabila daripada empat pasangan baru di bawahnya, dua daripada mereka yang terdiri daripada Takeshi Kamura-Keigo Sonoda berada di tangga ketiga dunia sementara Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe pula di tangga kelima dunia.
Selain Kim Her, Jepun telah menyunting Jeremy Gan untuk membimbing skuad beregu campuran manakala Lee Wan Wah untuk pasukan remaja.
"Di India, saya menggilap pemain tetapi di Jepun, saya cuma perlu baiki sentuhan dan kemahiran mengawal mental untuk pemain memenangi medal dalam Sukan Olimpik," tambahnya.