Peluang tipis beregu lelaki naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam pemburuan tiket Olimpik Tokyo 2020 serta kegagalan mencabar kejuaraan musim ini tidak seharusnya menjadi perkhabaran gembira buat wakil profesional.
Secara dasarnya, apa sahaja kekecewaan dan kegagalan adalah tanggungjawab kolektif buat seluruh kem badminton Malaysia.
Tempiasnya kritikan itu turut dirasakan beregu lelaki profesional seperti Tan Wee Kiong dan gandingannya, Goh V Shem.
Setakat ini, hanya dua pemain itu boleh berbangga dengan hakikat memenangi kejuaraan bertaraf terbuka di bawah Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berbanding rakan dalam BAM seperti Aaron Chia-Soh Woi Yik dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.
"Perlu satu atau dua kejohanan. Saya rasa prestasi mereka tidak terlalu teruk. Jadi, boleh dikatakan kami memiliki faktor nasib tetapi itu bukan sasaran kami. Kami mahu layak ke final, Sukan Olimpik serta tundukkan lawan dari luar," kata Wee Kiong.
Kedudukan semasa juga menyaksikan Wee Kiong-V Shem dalam laluan untuk layak ke final Jelajah BWF hujung tahun ini.
Bagi mereka, penampilan dalam kejohanan itu tidak dianggap sebagai bonus tatkala tumpuan terarah kepada pencapaian sasaran peribadi.
"Memang itu salah satu sasaran kami tahun ini. Kalau layak, mahu menang tetapi buat masa sekarang, kami mahu layak dulu," tambah Wee Kiong.
Penulis Jemputan
Wed Oct 30 2019