Jurulatih badminton profesional, Chin Ee Hui, sedia membuka pintu buat Lee Meng Yean untuk menyertai kem latihannya.

Ini setelah bekas juara remaja dunia itu umum pengunduran diri daripada Persatuan Badminton Malayasia (BAM) Januari lalu.

Setakat ini, tiada perbincangan rasmi antara kedua-dua pihak.

Namun seandainya Meng Yean yang pernah menghuni ranking ke-11 dunia bersama Chow Mei Kuan berminat, Ee Hui sedia mengatur program latihan serta mencari pasangan baru buat bekas beregu kebangsaan itu.

Ketika ini, Ee Hui sedang melatih 15 pemain termasuk tiga pemain wanita yang terdiri daripada Goh Liu Ying, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sen.

Rata-rata pemain dibawah kendaliannya sedang bersiap untuk menghadapi Terbuka Jerman, Seluruh England serta Terbuka Switzerland.