Skip to main content

Badminton

Ee Hui jurulatih bertanggungjawab, kata Cheh Chang

chehchang.jpg
Pang Cheh Chang mengidam untuk menjulang skuad beregu campuran dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 tetapi menegaskan keperluan untuk skuad itu kekal harmoni.

Ini susulan keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melantiknya sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan Chin Ee Hui.

"Ee Hui adalah jurulatih yang bagus kerana dia melakukan apa yang patut dan kami kerap berbincang.

"Saya rasa dia adalah jurulatih yang bertanggungjawab dan menunjukkan komitmen untuk meningkatkan kualiti pemain.

"Apabila tiba gilliran saya, saya harap Ee Hui dapat membantu saya dengan sedaya-upaya," kata Cheh Chang.

Berbanding skuad lain, beregu campuran dilabel memiliki pemain berpotensi untuk bersaing dengan terbaik dunia.

Gandingan beregu senior, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, berada dalam perjalanan kerjaya tersendiri sementara gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Goh Soon Huat dan Shevon Lai buntu selepas memecah masuk kelompok 10 terbaik dunia.

Di samping itu, mereka juga memiliki bakat muda seperti Chen Tang Jie, Hoo Pang Ron, Cheah Yee See dan Peck Yen Wei untuk diketengahkan sebagai prospek jangka panjang.

"Kalau kita tengok pemain wanita Jepun atau China, ketahanan fizikal mereka sangat bagus berbanding pemain wanita kita.

"Kalau bermain untuk tempoh yang lama, ketahanan ini sangat penting," katanya.

Advertisement

Must Watch Video