Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, tidak berjaya mempertahankan gelaran juara Terbuka Jepun yang diraihnya dalam edisi lalu di Gimnasium Metropolitan Tokyo, sebentar tadi.
Wakil negara di ranking pertama dunia itu tewas kepada lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, menerusi aksi straight set, 16-21, 17-21 dalam tempoh 38 minit perlawanan.
Won Ho-Seung Jae agresif menyerang dalam awal set pertama untuk mendahului 12-7, meskipun wakil negara cuba mengejar satu demi satu mata tetapi mereka terpaksa akur untuk tewas 16-21 sepanjang 15 minit tempoh permainan.
Sze Fei-Nur Izzuddin yang merupakan pilihan pertama kejohanan itu kembali memperkemaskan corak permainan, namun wakil dari Korea Selatan itu berjaya menyamakan kedudukan 14-14 susulan beberapa kesilapan mudah yang dilakukan untuk menghukum DinFei tewas 17-21.