1500 penyertaan dari 10 negara menggamatkan suasana Edisi Ke-7 Daikin International Badminton Championship (DIBC) di Petaling Jaya, semalam.
Selain dianggap platform terbaik buat pemain muda di dalam dan di luar negara menimba pengalaman, saingan ini lebih menarik dengan penganjuran 27 acara termasuk kategori pasangan ibu bapa dan anak.
"Pemain dapat belajar kawal tekanan.
"Jurulatih daripada BAM (Persatuan Badminton Malaysia) juga ada turun meninjau kejohanan ini. Ini satu pentas untuk BAM mencungkil bakat baru," kata bekas jurulatih regu wanita negara, Chan Chong Ming.
Sementara itu, perseorangan lelaki profesional, Sie Zi Lok, melaung semangat dalam misi mempertahankan status juara miliknya meskipun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali yang dialaminya sejak setahun lalu.
Selepas mengambil keputusan menjadi atlet sepenuh masa, johan kategori B-21 2024 itu yakin mampu bermain di peringkat lebih tinggi.
"Saya berlatih setiap hari, selepas ini saya perlu tumpu kepada membina fizikal.
"Saya sasar untuk berada di ranking bawah 100.
"Selepas enam bulan berehat akibat kecederaan, ranking saya jatuh di tangga ke-304 dunia," katanya.