Skip to main content

Badminton

Deaflympics: Kualiti permainan di jaring jadi kelebihan Aravindakumar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aravind.jpg
R. Aravindakumar menceriakan kem badminton pekak negara apabila memperoleh kemenangan bergaya meskipun terpaksa berhempas pulas dalam perlawanan pertama Deaflympics 2025 di Tokyo, Jepun.

Terdahulu, satu lagi wakil kebangsaan, Edmund Teo, kandas kepada wakil tuan rumah dalam acara sama.

Aravind menggunakan kesempatan yang ada untuk mencipta kemenangan straight set 21-12, 22-20.

Corak permainan berkualiti Aravind jelas membuahkan hasil apabila pihak lawan, Anuntawip Sombun, gagal mengimbangi ketangkasan atlet negara.

Kemahiran di jaring menjadi pemisah antara kedua-dua pemain itu, sekali gus menimbulkan persoalan apakah rahsianya untuk memiliki kualiti permainan jaring berkelas dunia.




"Set pertama agak mengecewakan.

"Jurulatih minta agar mengurangkan tekanan, dan segera menenangkan diri pada set kedua untuk mengawal perlawanan.

"Ini adalah pengalaman supaya saya dapat meneruskan kejohanan ini.

"Saya sememangnya berlatih menumpukan fokus terhadap pemainan di jaring, dan ia menjadi kelebihan saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Advertisement

Must Watch Video