"Salah pilih waktu untuk bercuti, dibayar dengan prestasi merudum."
Demikian teguran legenda negara, Datuk Lee Chong Wei, berikutan prestasi hambar pemain kebangsaan dalam tiga kejohanan awal Jelajah BWF bulan ini.
Sedar ada pihak yang mungkin tidak bersetuju dengannya, Chong Wei mengakui pernah melalui pengalaman sama sepanjang 19 tahun mengharumkan nama negara dalam sukan badminton.
Teguran bekas nombor satu dunia itu supaya pemain negara menumpu sepenuhnya pada tahun getir ini terutama dengan baki enam bulan sebelum Sukan Olimpik Paris.
"Ia penting demi pingat emas pertama negara dan karier mereka sendiri.
"Saya rasa prestasi pemain dalam tiga kejohanan bulan pertama ini tidak bagus jadi pemain akan bangkit dengan masalah mereka.
"Saya bukan marah pemain negara sebab saya sendiri pernah melaluinya.
"Tahun ini sangat penting, ada Sukan Olimpik.
"Untuk seseorang atlet, berehat empat hari bermakna memerlukan seminggu untuk memulihkan prestasi.
"Kalau anda tahu Krismas disambut pada 25 Disember sementara Terbuka Malaysia berlangsung 9 Januari, sudah terlalu dekat.
"Saya tidak mahu cakap sesiapa, memang kita fokus pemain Sukan Olimpik,.
"Tahun ada Piala Thomas dan Sukan Olimpik, selepas menang kalau anda nak cuti setahun pun bolehlah.
"Ini impian diri sendiri dan rakyat Malaysia yang tidak pernah menang emas, " katanya.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, memohon kepada rakyat Malaysia agar bersabar ketika skuad negara dalam proses bangkit ke tahap sebenar.
"Tidak guna begitu ghairah memberi tekanan kepada pemain sebelum waktu kemuncak.
"Tidak guna mereka tercedera sampai tidak dapat capai kemuncak yang diharapkan ketika Sukan Olimpik di Paris.
"Ini baru permulaan tahun dan proses kelayakan akan berakhir pada April.
"Pemain tahu tanggungjawab mereka," katanya pula.