Skip to main content

Badminton

Chong Wei semakin resah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-chong-wei.jpg
Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, sudah mula berasa gusar terhadap kesuntukan masanya untuk mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah terlepas beberapa kejohanan utama.

Sejak mengalami kanser hidung tahun lalu, bekas pemain nombor satu dunia itu belum pernah menyertai sebarang kejohanan kompetitif.

"Saya sedar Sukan Olimpik sudah semakin dekat.

"Saya sangat risau tetapi ia sesuatu yang normal.

"Impian saya ialah untuk layak ke Sukan Olimpik buat kali kelima.

"Namun, apa yang paling utama ialah kesihatan saya," katanya.

Baru-baru ini, keadaan fizikal Chong Wei mengundang persoalan selepas dia dilaporkan tidak menyertai sesi latihan skuad kebangsaan sepanjang bulan lalu.

Bagaimanapun, dia memiliki penjelasannya sendiri.

"Selepas berbincang dengan doktor mengenai kondisi saya, saya hanya mengekalkan kecergasan dengan berlatih secara bersendirian.

"Saya tidak ke BAM (Persatuan Badminton Malaysia) untuk berlatih kerana saya tidak mahu mengganggu pemain-pemain lain.

"Namun, saya mempunyai perancangan jangka panjang.

"Selepas hari raya, saya akan berbincang dengan BAM," jelasnya.

Advertisement

Must Watch Video