Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, bersedia menyahut cabaran seteru utamanya, Lin Dan, untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, sekali gus melengkapkan aksi 20 tahun di pentas Olimpik.
Chong Wei berkata dia sangat berbesar hati apabila mendapat kata-kata semangat daripada pemain terkemuka China itu, yang menyatakan tidak akan berundur daripada dunia badminton selagi dia masih mahu beraksi.
“Saya rasa bangga apabila dia dilaporkan berkata ‘disebabkan Chong Wei masih belum bersara daripada badminton’, itu berikan semangat untuk saya terus bermain. Saya berharap dapat menentang Lin Dan di Tokyo 2020 dan ia akan menjadi satu kenyataan.
"Sama seperti yang saya katakan sebelum ini, dengan kebenaran Tuhan dan jika kesihatan saya mengizinkan, saya berharap memasuki gelanggang di Tokyo tahun depan.
“Tahun depan mungkin akan menjadi Olimpik kelima dan terakhir saya dan lawan saya yang terhebat. Tentunya bagus untuk bertemu Lin Dan, di mana pertembungan kami cukup 20 tahun,” kata Chong Wei dalam Instagramnya @leechongweiofficial hari ini.
Media tempatan hari ini melaporkan pemenang pingat emas dua kali Sukan Olimpik, Lin Dan, berkata dia akan menamatkan kariernya dalam sukan badminton hanya sekiranya saingan utamanya dalam sukan itu, Chong Wei, juga memutuskan berbuat demikian.
Pemain berumur 36 tahun itu mengakui sedang berjuang sebaik mungkin dalam arena badminton untuk mencabar diri sendiri di samping menampilkan teladan baik buat pemain-pemain muda.
Chong Wei turut mengucapkan selamat berjaya buat Lin Dan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang sedang berlangsung di Arena Axiata, Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil sehingga hujung minggu ini.
“Sahabatku Lin Dan, saya ucapkan yang terbaik untuk anda dalam Terbuka Malaysia. Bagi saya, jika bukan pemain Malaysia yang menjuarainya, saya berharap andalah yang menang, lawanku yang terhebat.
“Lin Dan telah menang dengan hebat terhadap Chou Tien Chen semalam,” katanya.
-- BERNAMA