Masa depan Datuk Lee Chong Wei menjadi agenda Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan satu pertemuan selepas sambutan Aidilfitri akan menjadi penentu sama ada dia akan kembali ke gelanggang kompetitif atau menggantung raket.
Spekulasi mengenai persaraan Chong Wei bertiup kencang ketika dia difahamkan sudah sebulan tidak turun berlatih di Akademi Badminton Malaysia.
Segala usahanya untuk kembali aktif terbantut selepas dia gagal memperoleh lampu hijau daripada pihak perubatan untuk beraksi dengan skuad negara dalam Piala Sudirman bulan lalu.
Ketiadaan Chong Wei di Pusat Latihan Kebangsaan disifatkan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, sebagai mengikuti nasihat pakar perubatan.
"Kami berasakan dia masih lagi dalam keadaan yang tidak mendapat lampu hijau daripada pihak perubatan untuk bertanding di peringkat kompetitif.
"Selepas hari raya ini, mungkin kami akan duduk berbincang tentang bagaimana untuk menghadapi hari-hari yang akan datang," katanya.
BAM, bagaimanapun, akur terhadap aspirasi Malaysia dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 bukan lagi terletak di bahu Chong Wei.
Situasi itu memaksa kudrat daripada pemain muda seperti Lee Zii Jia serta beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, diperlukan untuk memikul misi kelayakan ke temasya itu.
"Sifat optimis dan semangat positif ditunjukkan pemain-pemain muda seperrti Lee Zii Jia yang meletakkan sasaran untuk berada dalam kalangan 10 pemain terbaik dunia menjelang hujung tahun ini.
"Aaron dan Soh juga berada di nombor 11 dan daripada segi ranking kelayakan ke Sukan Olimpik, mereka semua masih dalam kelompok 10 teratas.
"Dengan usia muda, tidak takut dan berkeyakinan diri, saya yakin mereka mampu memberikan saingan yang sama hebatnya berbanding Olimpian terdahulu menjelang Ogos depan," tambahnya.