Perseorangan muda meningkat naik negara, Lim Chong King, berharap diberikan lebih banyak peluang beraksi dalam kejohanan kompetitif demi mencapai impian bergelar pengganti kepada Datuk Lee Chong Wei.
Pemain berusia 19 tahun itu menjadi perhatian setelah ketua jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek, melabelnya mempunyai mirip gaya permainan bekas jaguh perseorangan dunia itu.
Biarpun berbangga, dia enggan diulit dengan harapan, sebaliknya menuntut untuk diberikan lebih banyak pendedahan di peringkat antarabangsa untuk membuktikan kemampuan di gelanggang.
Setakat ini, Chong King hanya sempat beraksi dalam tiga kejohanan, iaitu Siri Antarabangsa Vietnam, Kejohanan Kebangsaan dan terbaru, Cabaran Antarabangsa Malaysia, yang menyaksikannya tersingkir di peringkat separuh akhir.
"Kalau boleh, saya ingin menyertai lebih banyak kejohanan untuk membuktikan kemampuan dan mengutip pengalaman," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), pagi tadi.
Untuk mencapai taraf seperti Chong Wei di bawah kendalian Misbun, ia mungkin memerlukan masa yang lebih lama tetapi keutamaan Chong King ketika ini adalah untuk mengatasi beberapa pemain senior dalam kem kebangsaan seperti Tan Jia Wei, Cheam June Wei mahupun Lim Chi Wing.
"Fokus saya ketika ini hanyalah untuk menjalani latihan dengan lebih gigih.
"(Segalanya) perlu dilakukan secara berperingkat," tambahnya.