Skip to main content

Badminton

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei langkaui jangkaan awal BAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chen-tang-jie-toh-ee-wei.jpg
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei percaya elemen kepercayaan, komunikasi dan keterujaan mendorong mereka untuk menjuarai  Kejohanan Orleans Masters BWF 2023.

Kemenangan ini merupakan gelaran jelajah dunia pertama buat mereka, sekali gus membuka ruang untuk mereka mencabar pemain senior dalam merebut tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024.

"Kalau kami tidak berkomunikasi dalam beregu, corak pemikiran kami tidak mampu seiring," kata Tang Jie selepas perlawanan. 

Menurut Ee Wei pula: "Disebabkan terlalu teruja, saya tidak begitu kepenatan. 

"Pemulihan sesudah sesebuah pertarungan membantu kami cergas dengan lebih cepat."

Tang Jie-Ee Wei -- yang menghuni tangga ke-26 dunia BWF -- merakamkan kejayaan selepas mengalahkan wakil Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 21-9, 21-17 dalam final. 

Kemenangan ini lebih bermakna buat Ee Wei memandangkan dia mengharungi detik sukar tahun lalu selepas disahkan mengalami kecederaan "bone tuber kyulosis" yang membabitkan tulang belakang.

"Perasaan ini bercampur baur memandangkan karier saya terumbang ambing dalam tempoh lima tahun lalu," katanya lagi.

Malah, mereka turut melangkaui jangkaan jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto, yang sebenarnya menjangkakan mereka akan mula mengorak langkah gemilang dalam kejohanan bertaraf super 300 itu seawal Ogos depan.

"Ini bukanlah kejohanan di tahap tinggi. Kami perlu terus merendah diri dan tingkatkan prestasi. 

"Ini adalah yang langkah kecil tetapi besar buat kami.

"Kami mahu memenangi gelaran dan layak ke Sukan Olimpik,"  kata Tang Jie. 

 

Advertisement

Must Watch Video