Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, menganggap undian semula Kejohanan Badminton Berpasukan Asia hari ini memberi sinar baru buat pasukan negara untuk mara lebih jauh.
Kejohanan di Manila, Filipina itu bakal menemukan pasukan lelaki negara dengan India dan Kazakhstan dalam Kumpulan B manakala skuad wanita negara bertemu Jepun dalam Kumpulan W.
Choong Hann mengakui ia perkembangan menarik buat skuad negara dalam usaha merebut slot ke pusingan akhir Piala Thomas di Denmark, Mei depan.
"Ia menawarkan laluan lebih mudah buat kami berbanding undian terdahulu.
"Kami berpeluang menurunkan barisan kedua ketika berdepan Kazakhstan kelak dan ia peluang buat mereka untuk menimba pengalaman.
"Kami juga mempunyai peluang yang baik untuk mencabar pasukan India," katanya menjelang aksi pembukaan esok.
Begitupun, barisan pemain lelaki negara perlu mengatasi ranjau India terlebih dahulu.
Tambahnya: "Peluang itu ada (untuk menjuarai kumpulan). Kami harus bekerjasama sebagai sebuah pasukan dan setiap pemain perlu berikan yang terbaik, itulah yang penting."
Ketiadaan China dan Hong Kong yang menarik diri ekoran penularan wabak koronavirus membuatkan skuad wanita negara hanya akan turun dalam satu perlawanan di peringkat kumpulan.
"Buat masa ini, kami sah akan ke suku akhir.
"Sebaik undian suku akhir dikeluarkan kelak, kami perlu mula memberi komitmen tinggi.
"Kalau meraih undian yang baik, mungkin kami akan lebih berpeluang."
Editor: Shaiful Shamsudin