Skuad badminton wanita negara membuktikan bahawa mereka bukan "budak belasahan" dalam Kejohanan Berpasukan Asia apabila tewas tipis 2-3 kepada Jepun dalam aksi tunggal Kumpulan W di Manila hari ini.
Sebagai pasukan terbaik dunia, Jepun pastinya turun untuk memburu kemenangan bersih 5-0 dengan menampilkan barisan pemain terbaik mereka.
Bagaimanapun, hasrat itu terlebih dahulu musnah sebaik perseorangan pertama negara, Soniia Cheah, membangkitkan keterujaan dengan menewaskan pemain nombor tiga dunia, Akane Yamaguchi, 21-16, 13-21, 21-18.
"Aspek kekuatan mental menjadi faktor utama dan bukannya aspek fizikal.
"Kerana fokus kami di dalam gelanggang sentiasa mengenai keamatan yang tinggi.
"Kami perlu sentiasa fokus dan itulah perkara paling sukar," kata Soniia.
Momentum itu, bagaimanapun, gagal diteruskan oleh beregu utama negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, yang tewas 11-21, 15-21 kepada Yuki Fukushima-Sayaka Hirota.
Perseorangan kedua, Goh Jin Wei, pada awalnya memberikan sinar menerusi permainan positif, namun juara remaja dunia itu, yang sebelumnya berehat panjang kerana rawatan masalah usus, terpaksa akur tewas 18-21, 12-21 kepada Sayaka Takahashi.
"Saya fikir setiap pemain setaraf dan saya perlu memainkan peranan saya.
"Apabila saya berada di atas gelanggang, saya perlu menyumbangkan sesuatu kepada pasukan.
"Tetapi saya perlu memohon maaf kerana kami tewas di atas kertas walaupun Soniia beraksi baik untuk memberikan mata pertama," kata Jin Wei.
Beregu muda negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mempamerkan aksi melawan sebelum tewas 15-21, 21-18, 16-21 kepada beregu simpanan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.
"Saya mahu berterima kasih kepada jurulatih kerana memberikan saya peluang untuk bermain," kata Thinaah.
"Ia pengalaman yang baik kerana kami bertemu dengan gandingan terbaik dunia.
"Ia pengalaman yang amat baik," katanya.
Pearly menambah: "Ia tanggungjawab yang besar tetapi kami tidak tertekan dan hanya fokus untuk mendapatkan mata.
"Saya fikir kami kekurangan pengalaman dan mereka amat pantas."
Bagaimanapun, perseorangan ketiga, S. Kisona, tidak membenarkan Jepun untuk merekodkan kemenangan besar apabila pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina itu menoktahkan kemenangan 21-14, 21-13 ke atas Aya Ohori.
"Pada dasarnya, saya sedar tanggungjawab saya apabila membawa nama Malaysia. Ia amat penting.
"Saya mempercayai pasukan ini tetapi banyak memberikan tekanan kepada diri sendiri.
"Walaupun saya tidak berapa hebat, saya mahu membuktikan kepada diri saya tentang betapa banyaknya saya sudah berlatih dan betapa banyak yang saya sudah berikan sewaktu latihan.
"Jadi, saya akan mengetahui perbezaannya dan boleh berlatih lagi," kata Kisona.
Editor: Muzaffar Musa