Skip to main content

Badminton

Berpasukan Asia: Skuad wanita berpeluang cerah

choong-hann.jpg
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, menyifatkan peluang skuad wanita negara dalam suku akhir Kejohanan Berpasukan Asia di Manila lebih cerah berbanding skuad lelaki.

Skuad wanita negara tewas tipis 2-3 kepada Jepun dalam perlawanan Kumpulan W hari ini dan akan bertemu Taiwan dalam suku akhir esok.

Skuad lelaki pula mencatatkan kemenangan bersih dengan menundukkan Kazakhstan dan India untuk mengungguli Kumpulan B dan akan mencongak perhitungan dengan Korea Selatan esok.

Berdasarkan reputasi lawan masing-masing, Choong Hann berasakan skuad wanita memiliki peluang yang lebih cerah.

"Saya rasa skuad wanita memiliki peluang yang cerah untuk menewaskan Taiwan dan saya harap mereka akan mengambil peluang itu dan menjadikannya kenyataan bagi melayakkan diri secara merit (ke Piala Uber).

"Skuad lelaki pula akan bertemu Korea yang sememangnya pasukan yang kuat dalam kejohanan ini.

"Tetapi saya teruja untuk melihat prestasi pasukan kami menentang mereka.

"Saya harap pasukan kami dapat meneruskan prestasi yang baik dan dapat memenangi perlawanan esok," katanya.


Editor: Muzaffar Musa
 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found