Skip to main content

Badminton

Berpasukan Asia: Peluang Malaysia atasi Jepun masih terbuka

badmintonwanita.jpg
Walaupun Jepun memiliki skuad berpasukan wanita terbaik dunia, peluang buat skuad negara tetap ada untuk mencuri mata dalam saingan perseorangan dan beregu Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.

Realiti pertemuan dengan juara bertahan Piala Uber, Jepun, dalam aksi peringkat kumpulan  buat Malaysia adalah sesuatu yang menggerunkan.

Jepun mengambil kesempatan untuk menghantar pasukan terbaik mereka meskipun sudah layak ke Piala Uber di Aarhus, Denmark, Mei depan.

Malaysia diketuai pemain beregu wanita, Chow Mei Kuan, bagaimanapun mahu peminat badminton tanah air mengetahui mereka akan menawarkan segala kudrat yang ada.

Skuad negara memerlukan keajaiban untuk menidakkan Jepun yang memiliki perseorangan wanita nombor tiga dunia, Akane Yamaguchi, yang akan turun menentang Soniia Cheah serta dua beregu dalam kalangan tiga terbaik dunia, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara serta Yuki Fukushima-Sayaka Hirota.

"Saya berasakan semua pasukan menghantar barisan terbaik untuk mengejar kemenangan. Setiap pasukan berpeluang meraih tiga mata. Dalam setiap saingan berpasukan, semua memiliki peluang yang sama rata. Kami enggan meletakkan tekanan terlalu tinggi kerana ia mampu menjejaskan persembahan kami," kata Mei Kuan.



Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found