Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, tidak meremehkan keupayaan Singapura ketika membuka kempen Kejohanan Berpasukan Asia.
Apatah lagi mereka mempunyai taruhan terbaik menerusi juara dunia, Loh Kean Yew, dalam pertembungan Kumpulan B itu di Pusat Konvensyen Setia City, esok.
Choong Han sebaliknya menuntut kemenangan daripada barisan pemain negara yang bakal diketuai Lee Zii Jia .
Kali terakhir Malaysia menundukkan Singapura dalam suku akhir Sukan SEA Filipina, tiga tahun lalu.
"Kami akan cuba menang. Tidak kira siapa yang kami akan bertembung, kami akan turunkan barisan yang boleh menang.
"Kean Yew memang seorang pemain yang handal dan wajar dihormati.
"Tapi dalam pertandingan, kami mahu menang tidak kira melawan siapa sahaja.
"Dalam acara berpasukan, bukan seorang sahaja yang kena menang, kami perlu menang tiga perlawanan.
"Beregu utama mereka tunjukkan peningkatan dan kami berwaspada, tapi kami percaya ia boleh diatasi," katanya.
Malaysia akan beraksi dalam tiga hari berturut-turut dan selepas bertemu Singapura, skuad lelaki akan menyambung perjuangan berdepan Kazakhstan sebelum berentap dengan Jepun.