Skip to main content

Badminton

Berpasukan Asia: Malaysia mudah atasi Kazakhstan

lee-zii-jia.jpg
Skuad badminton lelaki negara mudah menewaskan Kazakhstan 5-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Manila sebentar tadi.

Turun selaku persorangan pertama, Lee Zii Jia tidak berdepan sebarang masalah untuk menundukkan     Dmitriy Panarin 21-6, 21-12 dalam tempoh 29 minit.

Rentak garang itu diteruskan perseorangan kedua, Cheam Jun Wei, yang menewaskan Artur Niyazov 21-15, 21-13.

Leong Jun Hao kemudian mengesahkan kemenangan Malaysia sebaik mengatasi Khaitmurat Kulmativ 21-13, 21-13.

"Masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu dipertingkatkan lagi untuk perlawanan akan datang. Saya akan gembira atas persembahan ini dan mahu mengulanginya berdepan India," kata Jun Hao.

"Saya sudah sedia untuk diturunkan sebagai taruhan perseorangan ketiga negara."

Beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menjadikan kedudukan 4-0 dengan menewaskan gandingan Niyazov-Panarin 21-11, 21-11 sebelum Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani mengalahkan Nikita Bragin-Kulmatov 21-9, 21-4.



Editor: Muzaffar Musa
 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found