Skip to main content

Badminton

Berpasukan Asia: Jacky sedia jadi sandaran negara

jacky-kok.jpg
Jacky Kok menjadikan panduan pemain lebih senior sebagai azimatnya untuk menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022 di Pusat Konvensyen Setia City.

Selain pemain di ranking ke-237 berusia 19 tahun itu, bahagian perseorangan lelaki negara menyandarkan amanah kepada Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao dan Lim Chong King. 

Tetapi Jacky yang mencipta kejutan menjulang gelaran Terbuka Sweden bulan lalu sentiasa bersedia dengan sebarang situasi sekiranya khidmatnya diperlukan ketika Malaysia membuka kempen bertemu Singapura dalam Kumpulan B, esok. 

"Ini kejohanan pertama buat saya, saya tidak mahu berikan sebarang tekanan kepada diri sendiri.

"Sudah lama saya tidak menyertai kejohanan dan gelaran ketika turun sebagai 'underdog' di Sweden itu membantu saya untuk tersenarai dalam barisan kali ini," katanya. 




Biarpun masih mentah, dia sedar dengan tuntutan untuk mengharumkan nama negara dan segala keperluan kini perlu dipersiapkan dengan lebih rapi. 

"Di peringkat senior, tanggungjawabnya lebih besar dan saya kena membuat persediaan persendirian dengan lebih bagus. 

"Saya tidak lagi boleh menjadikan kekurangan pengalaman sebagai alasan. 

"Saya sedang mencari rentak dan keyakinan yang lebih baik. Saya sedang belajar daripada rakan sepasukan untuk mencabar pemain yang lebih berpengalaman," katanya.  

Advertisement

Must Watch Video