Skip to main content

Badminton

Beregu negara sedia pamer aksi terbaik

240517-wee-kiong.jpg
Pemain beregu negara, Tan Wee Kiong, berjanji akan mempamerkan aksi terbaik dalam pertemuan menentang Jepun petang ini.

Aksi pasangan Goh V Shem-Tan Wee Kiong dikatakan semakin merosot sejak kebelakangan ini, namun Wee Kiong menyifatkan ia tidak menjejaskan tumpuan mereka.

"Setiap kali kami turun ke gelanggang, kami akan cuba untuk kembali ke prestasi asal, tidak kira apa-apa jenis perlawanan atau kejohanan," kata Wee Kiong.

Sementara itu, Vivian Ho menganggap tekanan akan lebih terarah kepada Jepun kerana memiliki juara Sukan Olimpik 2016, Misaki Matsumoto-Ayaka Takahashi, dalam aksi beregu wanita.

"Bagi kami, Jepun menampilkan juara Olimpik 2016, jadi sudah pasti tekanan ada pada mereka, " kata Vivian.

"Apapun, kami akan tetap lakukan yang terbaik apabila turun ke gelanggang," jelasnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video