Skip to main content

Badminton

Beregu lelaki dan wanita bakal dipisahkan?

datuk-seri-norza-zakaria.jpg
Ekoran persembahan buruk yang ditampilkan pasangan beregu lelaki dan wanita negara -- Goh V Shem dan Tan Wee Kiong serta Vivian Hoo dan Woo Khe Wei --  mungkin sudah sampai masa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melakukan rombakan bagi mengembalikan prestasi masing-masing.

Kekalahan skuad negara boleh dirumuskan sebagai mengecewakan di atas kemerosotan prestasi pasangan beregu lelaki negara serta ketidakupayaan barisan pemain wanita memberikan tentangan sengit.

Mengetahui situasi semakin meruncing, antara langkah drastik yang bakal diambil oleh badan induk itu adalah memisahkan V Shem-Wee Kiong serta Vivian-Khe Wei.

"Apa-apa pertukaran akan memberi kesan terhadap persiapan pemain. Tetapi perkara seperti ini ada juga kami bincangkan bukan sahaja melibatkan Wee Kiong-V Shem tetapi juga Vivian dan Khe Wei," jelas Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.

Dalam negara meratapi kekalahan dalam kempen Piala Sudirman, masih ada sinar untuk skuad badminton negara.

Gandingan Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yeann dalam beregu wanita menunjukkan mereka mungkin sudah bersedia menggalas cabaran utama dalam acara itu.

Menentang gandingan Jepun, Misaki Matsutomo dan Ayaka Takahasi -- pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 -- Mei Kuan dan Meng Yuen bertarung sengit sebelum akur 21-17, 21-18.

"Kita juga bangga dengan persembahan Mei Kuan dan Meng Yeann, cuma kami sedih dengan aksi Vivian-Khe Wei yang mana sehingga hari ini prestasi mereka masih di tempat yang sama," tambahnya.

Norza adalah antara anggota rombongan negara yang pulang terlebih dahulu bersama pemain perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan pengurus pasukan, Datuk Lim Teong Kiat.
 

Advertisement

Must Watch Video