Skip to main content

Badminton

Beregu campuran harapan terbaik negara beraksi di Guangzhou

4day_chan-peng-soon-goh-liu-ying.jpg
Dengan berbaki sebulan lagi sebelum berlangsungnya saingan akhir Jelajah Dunia BWF 2018, peluang Malaysia untuk melihat wakil negara layak beraksi di pentas berprestij itu bergantung kepada pasangan beregu campuran sahaja.

Daripada lima acara, hanya beregu campuran dilihat mempunyai prospek untuk menjadi wakil negara dalam saingan tersebut.

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying kini di tangga kedua perebutan slot ke Guangzhou sementara harapan besar juga melihat penampilan pertama Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang berada di tangga keempat.

Bagi bekas juara edisi 2016, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, dalam acara beregu lelaki masih memiliki harapan meskipun tipis dengan berbaki hanya dua saingan lagi, iaitu Terbuka China dan Hong Kong sebelum hujung November.

"Kami perlu memberikan tumpuan hingga berakhir dua kejohanan sebelum memastikan layak beraksi dalam Jejalah Akhir di Guangzhou," kata Soon Huat.

Ia situasi yang melegakan buat kem negara biarpun ketiadaan jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, untuk mengetuai cabaran seperti dilakukan dalam dua edisi sebelum ini di Dubai.

Malaysia pernah mengalami episod hitam apabila tidak mempunyai sebarang wakil yang layak untuk dua edisi berturut-turut pada 2014 dan 2015.

"Pengajaran yang diraih adalah memastikan permainan yang konsisten dan cara kami menangani tekanan di dalam gelanggang."

Advertisement

Must Watch Video