Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky optimis pasukan lelaki negara mampu mara ke suku akhir berdasarkan undian kejuaraan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 bulan depan.
Malah, Rexy percaya skuad negara juga mampu merealisasikan hasrat itu dengan status Malaysia sebagai tuan rumah selepas edisi 2022 sebelum ini.
“Ya, saya telah memberitahu semua pemain untuk fokus dengan memberikan peminat serta negara keputusan yang membanggakan semua. Saya mahu setiap pemain untuk berjuang dengan lebih baik selepas keputusan yang tidak beberapa baik ketika Terbuka Malaysia sebelum ini.
“Ini merupakan peluang kepada pemain-pemain untuk membawa kegembiraan, berdasarkan dengan barisan terbaik ditampilkan untuk kejohanan,” katanya selepas majlis undian BATC 2024 semalam.
Sebagai rekod, skuad berpasukan lelaki negara diundi dalam Kumpulan B bersama Taiwan, Kazakhstan dan Brunei menjelang kejohanan yang dijadualkan berlangsung di Setia Alam, Selangor, dari 13 hingga 18 Februari ini.
Pasukan lelaki akan diketuai pemain perseorangan, Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao dan Eogene Ewe manakala beregu mempertaruhkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Choong Hon Jian-Haikal Nazri.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir kepada pasukan negara dalam kejohanan dwi tahunan berkenaan.
Jelas Rexy lagi, barisan kejurulatihan juga telah mempersiapkan skuad yang mantap biarpun berlaku pertukaran pemain pada saat-saat akhir berikutan kecederaan.
“Ada pemain seperti Justin Hoh yang mengalami kecederaan pada saat-saat akhir menyebabkan kita terpaksa menggantikannya dengan Leong Jun Hao.
“Jadi saya harap pemain lelaki kita yang diketuai tonggak Zii Jia, Jun Hao, Tze Yong dan Eugen dan Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Nur Izzuddin dan Hon Jian-Haikal tampil lebih kuat untuk pasukan,” katanya.
Bagi acara berpasukan wanita, skuad negara dijangka berdepan laluan berliku apabila diundi dalam Kumpulan Y bersama Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Bagi berpasukan wanita negara pula, cabaran digalas pemain perseorangan Goh Jin Wei, K. Letshanaa, Siti Nurshuhaini Azman dan Wong Ling Ching, manakala beregu digalas Pearly Tan-M Thinaah, Go Pei Kee-Low Yeen Yuan dan Teoh Mei Xing-Tan Zhing Yi.
Mengenai saingan pasukan wanita, Rexy menjangkakan saingan sengit dan berkata: “Sejujurnya kita kena realistik bagi pasukan wanita. Bagi perseorangan agak sengit untuk menentang Thailand, jadi tiga pemain wanita kita harus cuba dapat satu mata.
“Beregu pula, untuk menentang Thailand, 50-50. Daripada rekod pertemuan Pearly-Thinaah dengan beregu utama Thailand, mereka selalu mengalahkan kita.
“Beregu kedua pula lebih menarik untuk dilihat, apa pun kita perlu menang untuk berada di tangga teratas kumpulan bagi mengelak berdepan China dan Jepun dalam suku akhir,” katanya.
--Sinar Harian