BADMINTON
BATC: Mengapa tiada 'Hawkeye'?
Prestij Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) sudah pasti mempunyai karismanya yang tersendiri.
Dengan dibarisi barisan pemain yang memiliki kualiti kelas tinggi, namun timbul persoalan mengapakah sistem 'Hawkeye' tidak digunakan dalam pentas sebesar ini.
Setakat dua hari bermulanya kejohanan, tiada lagi kelihatan keputusan yang menimbulkan kontroversi.
Tetapi baki lebih kurang lima hari sebelum aksi ditamatkan, pemain mungkin akan berhadapan situasi kurang berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan.
Jika timbul beberapa isu melibatkan ketelusan yang dibuat pengadil, apakah solusi terbaik bagi menerangkan sebab sesuatu keputusan tersebut dibuat.
Iklan
Isu ini bukanlah baharu dalam spektrum badminton negara apabila suatu ketika dahulu mata kemenangan yang pernah diraih Datuk Lee Chong Wei menyaksikan pukulannya keluar gelanggang setelah 'ulang tayang' dilakukan namun pada ketika itu tiada sebarang 'challenge' boleh dilaksanakan bagi mencabar keputusan dari pengadil perlawanan.
Malaysia atau lebih tepat negeri Selangor sebagai tuan rumah dilihat wajar menggunakan sistem ini memandangkan prestij kejohanan ini bukanlah bertaraf kelas rendah.
Perlu juga melihat Axiata Arena sebagai contoh yang dilengkapi sistem "Hawkeye", maka segala keputusan tidak boleh dituju kepada sebelah pihak sahaja.
Must-Watch Video