Skip to main content

Badminton

BATC: Letshanaa sedia pikul cabaran negara

k-letshanaa.jpg
Perseorangan wanita K Letshanaa, sudah mula berasakan tekanan di atas jangkaan terhadap dirinya dalam Kejohanan Badminton Asia (BATC). 

Walaupun tampil sebagai wakil kedua negara, namun Letshanaa seakan-akan berkongsi tumpuan sama apabila nombor satu negara, Goh Jin Wei, berdepan dugaan kembali ke tahap kecergasan dan keadaan fizikal yang dimilikinya dahulu.




Enggan mudah terkesan dengan tekanan tersebut, Letshanaa mengambil sikap positif terhadap perkara itu untuk dijadikan sebagai pembakar semangat.

"Semua peminat menaruh harapan tinggi kepada pemain. Saya pastinya tidak mahu mengecewakan peminat, lebih-lebih lagi di hadapan penyokong sendiri. 

"Kami tidak boleh menganggap tekanan dalam bentuk negatif. 

"Thailand merupakan cukup ampuh dan kami akan cuba mengejutkan mereka," katanya di Nadi Arena sebentar tadi

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video