Lee Zii Jia akan melepaskan Kejohanan Terbuka Jerman untuk mewakili Malaysia dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam bulan depan.
Perseorangan lelaki utama negara itu kelihatan mahu memburu kebangkitan selepas teringkir seawal pusingan pertama dalam Terbuka Malaysia kelmarin.
"Kami boleh mengesahkan bahawa Lee Zii Jia dan Team LZJ dengan penuh hormat menerima pelawaan Persatuan badminton Malaysia (BAM) untuk berkhidmat dalam BATC yang akan datang.
"Apabila sihat dan berkemampuan, Zii Jia sentiasa bersedia untuk menyahut tugasan kebangsaan. Apabila menerima pelawaan rasmi, terdapat beberapa penyesuaian program perlu dilakukan, termasuk melepaskan Terbuka Jerman," kata Team LZJ dalam satu kenyataan.