Skip to main content

Badminton

BATC: Kembalikan identiti badminton antara agenda Selangor

clipboard01.jpg
Sempena misi mempertahankan kejuaraan, penganjuran edisi kelima Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 menjadikan kerancakan di dalam mahu pun di luar gelanggang. 

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Bob Nizam, menjangkakan Setia City Convention Center, Shah Alam akan menjadi tumpuan sebaik pertandingan itu bermula, 13 Februari depan. 

"Kali ini kami mengharapkan kejohanan ini lebih meriah dengan tujuan menarik lebih ramai peminat memandangkan edisi sebelum ini ada yang datang sejauh Sabah dan Sarawak. 

"Kami cuba wujudkan expo di sekitar venue pertandingan termasuk pertunjukan motosikal mini," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Malah, dengan penganjuran seumpamanya, ia boleh dijadikan pendorong kepada bakat-bakat tempatan dan secara tidak langsung melihat sukan sebagai satu industri. 

"Selain bola sepak, badminton merupakan sukan yang senang kita lahirkan bakat untuk pergi ke peringkat lebih tinggi. 

"Malah dalam BATC, ada tiga anak Selangor yang akan mewakili Malaysia untuk bahagian wanita. 





"Badminton (merupakan kesinambungan) selepas Piala Asia di China dan Sukan Olimpik Paris. Ia akan membuka ruang kepada anak muda mengenai ke mana hala tuju mereka. Banyak ruang untuk mereka kembangkan bakat," katanya lagi. 

Menurut Exco Belia Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najawan Halimi.

"Di Selangor, badminton bukan sekadar sukan rakyat, ia adalah identiti kami. Misalnya anak-anak Sidek yang sinonim dikaitkan dengan Selangor. 

"Selain BATC, Malaysia akan menyertai Piala Thomas. Jadi tahun ini badminton adalah sukan tumpuan. 

"Bukan sahaja pendedahan antarabangsa, malah memupuk minat belia supaya lebih tahu dan dekat dengan badminton selain bola sepak. 

"Kami nak angkat dan kembangkan lagi badminton," katanya sambil ditemani Pengarah Urusan RSM Sport, Venu Ramadas.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video