Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yakin langkah penstrukturan semula barisan kejurulatihan mampu menjadi jalan terbaik buat masa depan badminton negara, terutama dalam usaha mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei.
BAM melakukan beberapa perincian kepada struktur kejurulatihan kem kebangsaan yang diumumkan dalam mesyuarat ahli majlis badan itu hari ini.
Perubahan barisan kejurulatihan tertumpu kepada jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan, yang berdepan tugas menjaga skuad senior negara sementara ketua jurulatih, Datuk Misbun Sidek, akan fokus menggilap pemain muda.
"Selepas menerima tawaran untuk terus menggalas tugas sebagai ketua jurulatih, Misbun akan mengetuai barisan kejurulatihan bagi proses menggilap pemain muda seperti Leong Jun Hao, Ng Tze Yong dan Aidil Sholeh Ali Sadikin.
"Dia juga akan melihat lebih ramai pemain muda untuk diserapkan sambil Hendrawan akan bertanggungjawab ke atas perkembangan pemain perseorangan ketika ini seperti Lee Zii Jia dan Lim Chong King," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.
Hendrawan memulakan tugas bersama BAM pada 2009 serta pernah menjadi jurulatih pelapis perseorangan lelaki negara dan kontraknya akan berakhir tahun depan selepas Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, menjelaskan tiada perubahan tugas buat jurulatih perseorangan lelaki, Indra Wijaya, yang terus berada di bawah bimbingan Misbun.
"Wijaya akan terus menggalas tugas dalam kem perseorangan lelaki dan kami telah mengadakan perbincangan dalam barisan kejurulatihan. Kami juga akan memanggil pembantu apabila diperlukan," katanya.
Sementara itu, BAM juga melakukan sedikit perubahan dalam senarai jawatan badan induk itu apabila Datuk Kenny Goh kembali menggalas tugas setiausaha agung dan pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) mulai September depan.
Dia juga menjelaskan perubahan itu bertujuan agar BAM lebih teliti dalam pembangunan sukan badminton tanah air dengan misi mencari pengganti Chong Wei.
"Kami telah membuat keputusan untuk melantik Datuk Kenny sebagai setiausaha agung sepenuh masa yang pertama buat BAM bermula September depan. Datuk Ng Chin Chai juga akan terus berkongsi pengalaman yang dia miliki sebagai pengerusi jawatankuasa pembangunan," tambah Norza.
"Kenny bukan orang asing dalam BAM. Saya fikir kami memerlukan seseorang yang memahami badminton di Malaysia."
Untuk rekod, Kenny telah berkhidmat selama sembilan tahun bersama BAM sebagai pengurus besar sebelum memlih untuk menjawat jawatan ketua pegawai operasi Badminton Asia sejak tahun 2015 sehingga kini.