Skip to main content

Badminton

BAM umum perubahan jurulatih esok

chinchai-0507.jpg
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengumumkan perubahan kecil melibatkan struktur kejurulatihan skuad kebangsaan, esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Ng Chin Chai, berkata beberapa cadangan telah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut hari ini tetapi keputusan hanya akan diumumkan selepas mesyuarat Ahli Majlis BAM esok.

“Cadangan ini akan dibentangkan kepada Majlis untuk kelulusan. Biar presiden (Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria) sendiri umumkan esok," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

“Kami ada lima jabatan, penstrukturan ini melibatkan semua jabatan dan ia cuma perubahan kecil."

Antara perkara yang dijangka diumumkan esok adalah mengenai masa depan Hendrawan yang melatih Datuk Lee Chong Wei selepas bekas pemain nombor satu dunia itu mengumumkan persaraan akibat kanser hidung bulan lalu.

BAM perlu membuat keputusan sama ada mahu memberikan tanggungjawab baru kepada bekas juara dunia dari Indonesia itu atau menamatkan kontraknya yang sepatutnya tamat pada Disember 2020.

Menurut laporan media sebelum ini, ketua jurulatih bahagian beregu campuran, Pang Cheh Chang, telah ditukarkan melatih pemain junior dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, di mana tempatnya diambil alih bekas pemain kebangsaan, Chin Ee Hui.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video