Skip to main content

Badminton

BAM tidak akan bertoleransi -- Choong Hann

choonghann.jpg
Susulan desas-desus pemain dalam kem negara terlibat dengan aktiviti negatif di luar gelanggang, pemain kebangsaan sudah sedia maklum dengan dasar tiada toleransi oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkaitan gejala tidak bermoral.

BAM sudah meletakkan beberapa garis panduan kepada kesalahan disiplin, termasuk lewat atau ponteng latihan serta merokok.

Berjudi dan mengatur perlawanan pula boleh membawa kepada hukuman pemain digantung daripada sebarang aktiviti badminton. 

Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, berpandangan peraturan ketat itu memadai untuk memberi peringatan kepada pemain agar kekal fokus kepada tugas dalam gelanggang.

"Pemain-pemain mengetahui komitmen mereka dan menyedari tugas yang telah ditetapkan. Kami mahu mereka mengekalkan fokus kepada saingan di dalam gelanggang," katanya.

"Mereka masih lagi muda dan mudah terpengaruh dengan perkara di luar badminton. Kami di sini bukan sahaja bertugas untuk melatih mereka tetapi turut memimpin mereka ke jalan yang tidak menyimpang ke arah gejala tidak bermoral."

Advertisement

Must Watch Video