Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersedia dengan apa jua kemungkinan membabitkan masa depan Datuk Lee Chong Wei ketika status kemunculan semulanya ke gelanggang secara kompetitif pasca rawatan kanser hidung menjadi tanda tanya.
Situasi membabitkan Chong Wei tidak ubah seperti kali pertama dia mengumumkan secara rasmi sudah mengatasi masalah kanser November lalu.
Sehingga kini, masih belum ada tarikh mutlak untuk dia kembali beraksi di gelanggang kompetitif.
Perancangan untuk melakukan kemunculan semula dalam saingan Seluruh England serta Terbuka Malaysia sebelum ini tidak kesampaian dan terkini, tugasan sebagai perseorangan utama negara bagi kempen Piala Sudirman bulan ini terpaksa diserahkan kepada individu lain.
Chong Wei juga difahamkan sudah beberapa minggu tidak turun ke gelanggang latihan tetapi BAM menerusi presidennya, Datuk Seri Norza Zakaria, berpandangan badan induk itu bertujuan memudahkan apa jua permintaan bekas pemain nombor satu dunia itu selepas ini, sama ada untuk terus cuba beraksi atau sebaliknya.
"Soal mengenai bila waktu paling sesuai untuk dia memilih kejohanan, saya rasa kami akan duduk berbincang demi mendapatkan keputusan terbaik," ujarnya.
"Keutamaan adalah buat Chong Wei untuk pulih serta keluarganya. Saya rasa itu perlu ditekankan terlebih dahulu dan apabila doktor memberi kebenaran, dia akan bermain. Jika tidak, perancangan perlu diubah."
Sementara itu, ketiadaan Chong Wei di gelanggang latihan untuk tempoh berpanjangan disahkan pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia.
Malah, kemas kini senarai kelayakan Kejohanan Dunia 2019 di Basel, Switzerland, Ogos depan menyaksikan hanya Zii Jia dan perseorangan profesional, Liew Daren, layak mewakili Malaysia.
"Saya sudah beberapa minggu tidak melihat Chong Wei. Diharap dia berada dalam keadaan sihat. Saya dan Daren juga mahu menggalas status perseorangan pertama dan kedua negara dengan baik. Ranking yang saya raih ketika ini juga membuatkan saya gembira dan memastikan diri terus bersedia," kata Zii Jia.
Bagi pemain berusia 21 tahun itu, kejayaan layak ke Kejohanan Dunia secara merit buat kali pertama adalah penanda aras baru dalam kerjayanya, malah pencapaian Daren ke separuh akhir edisi 2018 membuatkan Zii Jia berani mengimpikan sesuatu yang hampir mustahil.
"Dalam Kejohanan Dunia, semua pemain mengimpikannya. Tiada pemain Malaysia yang pernah memenanginya. Jadi, saya harap dapat bergelar pemain pertama melakukannya," tambah Zii Jia.