Skip to main content

Badminton

BAM cadang lantik pengarah kejurulatihan program remaja

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

norza-zakaria.jpg
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, bercadang untuk melantik seorang pengarah kejurulatihan berprestasi tinggi bagi memantau dan merangka program remaja badan induk itu selepas prestasi yang kurang memuaskan dipamerkan barisan muda ketika ini.

Program badminton remaja di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) kini tertumpu kepada acara perseorangan dan beregu.

Bagaimanapun, program itu masih tidak memiliki pengarah kejurulatihan untuk mengendalikannya secara sistematik.

Dengan itu, BAM akan melantik seorang calon untuk mengisi jawatan berkenaan selepas program remaja SSBJ dipindahkan sepenuhnya ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

"Kami berdepan cabaran yang begitu hebat, terutama dalam menyediakan pasukan remaja berbanding negara-negara lain, bukan sahaja China dan Korea Selatan tetapi juga Hong Kong, Taiwan dan Thailand.

"Kami perlu melihat bagaimana pengarah prestasi untuk skuad remaja itu ditugaskan kepada mereka yang betul-betul layak bagi menjaga pemain-pemain remaja," katanya.

Norza percaya pelantikan itu akan membantu pengarah kejurulatihan negara, Wong Choong Hann, untuk lebih menumpukan terhadap skuad elit.

"Kami akan melihat perkara itu secara mendalam selepas pelajar-pelajar di SSBJ yang berumur di antara 13 hingga 18 tahun berpindah ke ABM.

"Apabila kesemua pemain remaja, pelapis dan senior berada di bawah satu bumbung, kami akan melihat kepada cadangan untuk meletakkan seorang pengarah kejurulatihan berprestasi tinggi bagi membantu Wong Choong Hann," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video