Skip to main content

Badminton

BAM buka pintu untuk Kenny Goh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kenny-goh.jpg
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak ada masalah dalam menerima semula bekas pengurus besar, Kenny Goh, dengan hati terbuka seandainya dia berminat mengisi kembali jawatan itu yang ditinggalkan Lawrence Chew.

BAM kini sedang mencari calon bagi mengisi dua kekosongan yang terdapat dalam badan induk itu; pengurus besar dan ketua Akademi Badminton Malaysia.

Antara calon yang hangat untuk mengisi jawatan pengurus besar BAM adalah Kenny, yang pernah menyandang jawatan itu pada 2006, namun meletakkan jawatan pada 2015 ekoran menyertai Persatuan Badminton Asia.

Walaupun ada peratusan tinggi Kenny mungkin kembali, dia masih perlu mengikuti prosedur permohonan seperti calon lain yang berminat dengan jawatan itu.

BAM juga tidak menolak kemungkinan menerima calon berkelayakan dari dalam dan luar negara untuk mengisi kekosongan yang ada.

"Sesiapa sahaja, termasuk Kenny Goh, jika berminat untuk mengisi jawatan ini, perlu melalui proses yang sama," kata Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai.

"Kami mahukan seseorang yang memiliki skil pengurusan yang baik selain mampu menguasai kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu," jelasnya.

Advertisement

Must Watch Video