Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan drastik dengan menggugurkan 12 pemain di bawah naungannya sementara dua lagi pemain, S. Kisona dan Loh Hang Yee, memutuskan untuk meninggalkan badan induk itu berikutan kecederaan dialami selain sudah ada perancangan masa depan tersendiri.
Persetujuan sudah dicapai selepas perbincangan dan persetujuan dua hala dijalankan di antara BAM dan barisan 14 pemain terbabit.
Antara pemain muda yang digugurkan ialah Myisha Mohd Khairul yang meraih pingat emas dalam Kejohanan Antarabangsa Belanda, Eoon Qi Xuan dan Fawwaz Zainuddin, sekali gus mengejutkan banyak pihak.
"Secara dasarnya, daripada pemahaman (hasil) perbincangan kami, kami masing-masing faham kini berada di posisi yang baru.
"Kami sedia membantu Myisha pada masa depan selagi terdaya.
"Myisha memang dalam senarai untuk dilepaskan.
"(Setiap) peluang ada tempohnya dan apabila sudah sampai masa ia tidak boleh diteruskan, kami terpaksa buat keputusan," kata Pengarah Kejurulatihan Perseorangan (BAM), Wong Choong Hann, dalam sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.
Lantas, BAM yang kehilangan lima perseorangan wanita muda akan menaruh harapan ke atas bahu empat pemain iaitu Wong Ling Ching, Siti Nurshuhaini Azman, Tan Zhing Yi-Oo Shan Zi dalam misi skuad kebangsaan untuk fokus ke Sukan Olimpik 2028.