Skip to main content

Badminton

BAM berjaya pujuk Ying Ying elak persaraan

yingying.jpg
Hasrat pemain badminton perseorangan wanita, Lee Ying Ying, untuk bersara selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) tidak menjadi kenyataan selepas nbarisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berjaya memujuknya untuk terus mengejar impian.

Perseorangan wanita ketiga negara, Ying Ying, berhasrat untuk bersara awal bagi memberi tumpuan terhadap pelajarannya tetapi selepas mengadakan pertemuan dengan barisan kejurulatihan, kelibatnya bakal dapat diteruskan disaksikan selepas ini.

"Kami cuba mengambil tahu apa yang sebenarnya diinginkan oleh Ying Ying. Dia masih mahu bermain dan kekal bersama kem kebangsaan," kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann.

Choong Hann juga percaya pemain berusia 22 tahun itu masih belum mempamerkan potensi sepenuhnya di atas gelanggang dengan tumpuan latihan baginya kini akan lebih terhadap taktikal perlawanan.

"Ying Ying seorang pemain berdisiplin dan bekerja keras dalam latihan. Kami masih cuba meningkatkan prestasinya menerusi teknik dan perancangan taktikal."

Advertisement

Must Watch Video