Skip to main content

Badminton

BAM beri jaminan insiden bumbung bocor tidak berulang lagi!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bumbung-bocor.jpg
Menjelang Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2025 yang akan berlangsung selama lima hari di Axiata Arena bermula 20 Mei nanti. 

Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V. Subramaniam, memberikan jaminan insiden kebocoran bumbung yang terjadi ketika saingan Terbuka Malaysia tidak akan berulang di Masters Malaysia 2025 nanti.

Subramaniam turut menegaskan mereka sudah mengambil langkah wajar dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk memastikan perjalanan kejohanan berstatus Super 500 itu akan berjalan dengan lancar.

Selepas saingan Terbuka Malaysia awal tahun lalu, Stadium Axiata Arena sekali lagi bakal jadi medan buat atlet terbaik dunia bertarung bagi merebut gelaran di Masters Malaysia 2025  bermula 20 sehingga 25 Mei ini.

"Mereka sudah memperbaiki dan tiada apa-apa masalah, sekarang dalam keadaan baik. Kadangkala cuaca bukan dalam kawalan kita." katanya. 

Advertisement

Must Watch Video