Skip to main content

Badminton

Balik nanti jangan lupa belanja makan -- Lee Zii Jia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lzj.jpg
Jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, enggan terburu-buru untuk membuat kemunculan semula di pentas antarabangsa selepas dihimpit kecederaan sebelum ini. 

Ini apabila pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu menangguh penyertaannya dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) bulan depan dan mensasarkan kembali beraksi dalam Terbuka Jepun pada pertengahan Julai. 

"Saya mahu menumpukan fasa pemulihan saya dan terfikir Terbuka AS agak tergesa-gesa untuk saya. 

"Saya berharap Julai saya akan kembali sepenuhnya.

"Saya mahu lebih berhati-hati dengan kecederaan ini dan menerima banyak pengajaran berguna," katanya di Nadi Arena.




Pemain di ranking ke-10 dunia itu mengalami kecederaan buku lali kanan ketika bertempur dalam Badminton Final Jelajah Dunia BWF dan siri gelap berkenaan kembali berulang sewaktu Kejohanan Seluruh England, Mac lalu.

Zii Jia turut berkongsi perasaan mengenai pencalonan dirinya sebagai Olahragawan negara dalam Majlis Anugerah Sukan Negara, hari ini.

"Saya berbangga dapat dicalonkan. 

"Ia masih satu kemajuan yang baik walaupun tidak menang.

"Tahniah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kerana memenangi anugerah berprestij ini.

"Nanti jangan lupa belanja makan," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video